Visi dan Misi
Visi
MDS
Ke Arah Sebuah PBT Yang Berkesan Sebagai Pemangkin Pembangunan Ideal
Kota Samarahan Serta Kawasan-Kawasan Di Bawah Pentadbirannya Menjelang
Tahun 2015.
Misi
Bagi mencapai Visi yang ditetapkan, MDS mempunyai beberapa misi seperti berikut sebagai cabaran-cabaran untuk dilaksanakan:
- Kearah merealisasikan MDS sebagai sebuah
agensi yang boleh menepati citarasa dan aspirasi
masyarakat tempatan melalui sokongan dan kerjasama
pihak KASKA dan juga Kerajaan Negeri, secara
amnya.
- MDS bertanggungjawab terhadap pengwujudan
sebuah bandar yang sejahtera, kondusif dan mempunyai
persekitaran yang bersih, indah dan cantik melalui
penyeliaan yang baik dan berterusan terhadap
semua perkhidmatan Majlis dan juga program-program
landskapnya.
- MDS bertanggungjawab membantu di dalam pembangunan
Bandar dan penyediaan infrastruktur asas, kemudahan
awam serta rekreasi dan juga pemeliharaan alam
sekitar dan kesihatan awam bagi menjamin taraf
hidup yang sihat bagi penduduk tempatan.
- MDS bertanggungjawab membantu pihak kerajaan
di dalam program-program pembangunan serta perlaksanaan
kerja, projek ataupun skim-skim pihak Kerajaan
yang dilaksanakan di dalam kawasan tadbirannya.
- Berusaha kearah meralisasikan Kota Samarahan
sebagai Kota Ilmu dan juga Zon Pengeluaran Makanan/Pertanian
menjelang tahun 2015.
Strategi
Menganggapkan
tugas sebagai Amanah dan Ibadah dengan menggunakan sepenuhnya khidmat
Ahli-ahli Majlis serta kakitangan yang bersifat Amanah, Ikhlas,
Inovatif, Dedikasi dan Bekerjasama di dalam melaksanakan
perkhidmatan-perkhidmatan Majlis kepada masyarakat tempatan.